Jul 31, 2015

UPU ohh UPU ?

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah sekian lama baru berkesempatan update blog.. thanks bagi yang sudi jenguk blog aku.. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. maaflah lambat pula wish raya disebabkan busy..cerita tentang raya, tahun ni aku memang sangat sibuk, sibuk tolong mak buat kuih raya, buras, tumbuk, pasang langsir dan last sekali jadi tukang cuci piring ahaks :p dah besar begini, duit raya pun tak dapat hahaa.. dengan alasan 'kau dah jadi cikgu tuisyen kan jadi dah ada pendapatan sendiri, so tak perlukan duit raya lah' sedihhhh hahahaa
Ok balik kepada tajuk kita hari ini, pejam celik kita dah sampai ke penghujung bulan Julai, esok dah masuk bulan Ogos. Bagi pelajar lepasan STPM macam aku, matriks dan asasi, keputusan upu akan dihebahkan pada 11 hb Ogos. Huaaa, cepatkan masa berlalu. Jantung pun terasa debaran dah, dup dap dup dap.. keep calm and relax, hari tu aku ada dapat tawaran temuduga dari ukm, tapi disuruh buat resume dalam bentuk video, waktu tu pula, tarikh penutup tinggal 4 hari, so aku pun tak hantar, takut juga lah terus kena reject sama u lain. 
Sekarang yang paling penting adalah doa dan tawakkal, usaha kita dah lakukan, jadi kita sekarang fokus dengan doa, in sha Allah ada rezeki takkan ke mana. Actually, kalau tak dapat pun, laa tahzan jangan sedih, ingat tahu perancangan yang Allah aturkan adalah lebih baik. Ini pesanan untuk diri aku sendiri dan kepada korang, rezeki ada di mana-mana, tak kira kita study kat uni ataupun kolej, asalkan kita berusaha, kejayaan pasti akan mengiringi kita.. last but not least, aku doakan semoga kita berjaya dunia dan akhirat, jangan pernah putus asa, dan yang paling penting solat jangan pernah tinggal, sebab kalau kita nak Allah kabulkan doa kita, kita kena lah melaksanakan yang wajib dan perbanyakkan doa dan zikrullah, in shaa Allah.. apa yang baik datang dari Allah, dan yang buruk dari kelemahan diri aku sendiri, assalam wbt.. 

Thankx For Reading :)

3 budak comel:

. stnrsyfh. said...

Good luck :D

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

izah, hazy pun sama tengah tunggu result upu. goodluck yeaa!! =)

Sihasyaa VII said...

Jyehhhh me tooooo !! GOODLUCK .

Post a Comment

no harsh words please :)