May 13, 2015

Susah ke Form 6 Aliran SAINS ?

Assalamualaikum
Satu-satunya budak perempuan physics ;p
Hai korang ? Actually dah lama nak post cuma tak sempat, hehe. Masuk dalam draft je. Okay, kebelakangan ini banyak students tanya aku 'cikgu, susah ke form 6?' 'cikgu, mesti banyak assignment kan ?' 'cikgu itu dan ini....cikgu comel ? Haha, opss terlebih pula. Maklumlah aku sendiri pun hanya lepasan form 6 aliran sains pula tu, alhamdulillah perjuanganku selama satu tahun setengah telah aku lewati jua. Bahkan banyak kawan aku tak percaya aku boleh dapat pointer yang baik. Syukur ke hadrat Ilahi meskipun pointer tak sampai 3.00 ke atas. 
First of all, siapa yang nak masuk aliran sains kena lah ada basic addmath, physic, chemistry dan biology. Kalau ada salah satu subjek yang korang dah drop masa spm, jangan ambil risiko untuk masuk kelas sains. Memang korang akan susah catch up apa yang cikgu ajar dalam kelas. Sebenarnya siapa pun yang masuk form 6, pasti ada kelebihan dia. Antara kelebihannya tu masa korang untuk masuk dalam degree singkat ( satu tahun setengah ), assingment setiap sem, jimat duit, boleh selalu tanya cikgu sebab kalau dah masuk u mungkin lecturer tu bukan selalu ada untuk korang. Banyak lagi kelebihan lain, kalau disenaraikan semua memang takkan habis hehe.
Berdasarkan pengalaman aku, masa first week masuk form 6 tu ada orientasi. Overall tu dia cerita pasal subjek yang korang kena ambil nanti lah. For ur information, first week tuh banyak yang dah out dari kelas sains sebab ada yang dah dapat upu, rayuan matriks dan ada juga yang memang dah nekad nak keluar. Haha, aku stay kerana aku nak lahhh :p Lepas dah habis orientasi, start lah belajar dah. Masa sem 1, bagi aku subjek pure math yang paling mencabar otak sebab kena banyak buat latihan. Fizik dengan kimia pula so far tu okay je lah sebab cikgu banyak bagi tunjuk ajar.
Haa, ni lah salah satu experiment budak biology. 
Experiment ? Of course lah ada, haha. Susah tu boleh tahan juga lah, sebab kadang cikgu tak nak ajar, cikgu kata dia nak kami belajar berdikari gitu. Especially kepada budak yang ambil subjek bio, korang kena bedah tikus dan cari sepuluh jenis insect ! So basically sains level form 6 lebih kurang macam asasi sains. But for me, soalan matriks lebih senang berbanding level form 6. Nak tahu kenapa ? Sebab soalan2 kami disediakan khas oleh lecturer u yang hebat2. Hmm cikgu aku yang bilanglah, hehe.
Ok lah setakat ni je yang aku mampu kongsikan, Kalau niat korang memang nak ambil sains, sila teruskan. Bagi aku, sesiapa pun yang ambil aliran sains banyak kelebihan pada masa yang akan datang. Pesanan dari aku untuk semua adik-adik yang nak ambil form 6 aliran sains, jangan pernah berputus asa, buat banyak latihan, kalau tak faham please cepat tanya cikgu, buang sikap pemalas, kurangkan masa berkepit dengan telefon dan jangan pernah anggap sem 1 sebagai zaman honeymon anda. Meskipun korang boleh repeat, tapi percayalah korang takkan bersemangat belajar balik kalau korang nampak kwan yang lain dah habis paper. Hehe. So if you have any question to ask, you can drop ur comment or you can email me. In shaa Allah jumpa lagi dalam entry yang akan datang. Assalamualaikum :)


Thankx For Reading :)

4 budak comel:

nayfatimah rasyid said...

all the best dikkk ;)

Miss Xyz said...

Perghhh, ambik form 6 aliran sains??? O.O tahap form 6 aliran sains ni mmg susah, saya takjub jap dgr akak f6 aliran sains.. wah...

abbas abdullah said...

alhamdulilah ada jgk org melayu yang abiskn form 6 sains. bkn ape kak...sy nak masuk f6 sains ni.. tpi kwn ada ja ckp susah.. tpi belajar apa ja yg xdak susah dan tension kan

Unknown said...

Aslm kak, fz tu susah x? Bljr fz, kimia, bio dan math je kn? Pure math tu mcm addmath ke? Sye x suka addmath sngt. Bahasa pgantar bahasa bm ke sbb sye risau bhasa pengantar english sbb sye lemah nk phm orng yg ckp english nih.

Post a Comment

no harsh words please :)