Jan 15, 2015

Cinta ? No wayyyy


Assalamualaikum
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, aku masih hidup di bumi yang tua ini. Cinta ? Berikan maksud perkataan ini. Tipu lah kan kalau korang tak pernah jatuh cinta. Hehe, yaa aku pernah sekali. Bukan aku nak membuka aib sendiri, cuma nak kongsi sedikit cerita dengan korang. Siapa yang nak teruskan baca tu, aku ingatkan aku cerita semua ni sebab nak bagi pengajaran kepada semua pembaca. Hmm, best kan saat-saat cinta pertama ? Haha, sampai masuk kelas pun selalu fikirkan buah hati kita. Aku dulu pernah bercinta pun sebab terikut kawan. Hmm, tu lah orang bilang kena cari kwan yang baik dan menjaga ikhtilat. Tapi aku ni sebaliknya. Astaghfirullah alazimm. Cinta ni sebetulnya dah memang wujud sejak kita dilahirkan lagi. Kalau bukan, macam mana kita dapat membesar sampai sekarang ? Semua ni kerana cinta dari kedua ibu bapa kita dan Maha Pencipta. 
Aku dulu bercinta zaman tingkatan 4, waktu tu orang bilang zaman 'honeymoon' haha. Jadi adalah seorang jejaka ni, nak kata hensem bolehlah. Tapi kawan memang selalu puji hensem, aku pun tak tahu apanya yang hensem sebab aku tengok dia biasa je. Dia ni jenis lelaki yang suka sms 24 jam, huh aku ni pula jenis yang tak suka pegang hp 24 jam. Hubungan kami bertahan setahun lebih je kot. Itupun sebab aku yang nak putuskan dia sebab nak fokus dengan SPM. Selama kami ber'couple', dia memang tak pernah nak sentuh aku, sebab aku ni jenis yang kasar. Kalau dia berani, haa memang nak kena sepak laa. Haha. Tapi dia sendiri pernah tanya, kau tak nak ke macam perempuan lain nak disayang, dibelai camtu ? Aku apa lagi, jawab camni kalau kau nak begitu kita putus, sekurang kurangnya kau cari prempuan yang nak puaskan nafsu dengan kau. Haa bukan main kasar lagi bahasa aku. Sejak dari tu, dia tak berani nak cakap benda tu lagi.
Sehingga suatu hari tu, dia cuba nak pegang tangan aku waktu nak menyeberang jalan. Aku apa lagi cepat-cepat tepis tangannya. Memang dia terkejut habislah masa tu. From that day, aku minta break up, tak nak dah bercinta dengan dia dengan tekad nak fokus dengan peperiksaan terakhir. Aku mula mendekatkan diri dengan kawan yang tak bercinta, menjauhi kawan yang membawa pengaruh yang tak baik. Alhamdulillah, sejak kejadian tu, aku sedar Allah masih membuka pintu hati aku untuk kembali ke jalan asalNya. Fitrah ingin mencintai dan dicintai memang ada dalam setiap naluri manusia, tapi kita masih boleh kawal perasaan tu daripada muncul dalam diri kita. Jangan nafikan naluri itu, cuma tundukkan naluri tersebut untuh patuhi perintahNya.
Fyi, korang kenalah faham maksud zina. Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, zina tangan iaitu berpegangan tangan, zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi, zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan Rasulullah; 'kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh, kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan, mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.[ Muslim dan Abu Daud ]. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Taubat yang murni, taubat yang sebenar benar memenuhi tiga syarat.
1) Tinggalkan perbuatan maksiat, putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah
2) Menyesal, menginsafi diri di atas perbuatan hdup yg telah menjerumuskan diri ke lembah percintaan.
3) Berazam, bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama suami atau isteri, saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. 

Akhir kata, aku minta maaf sekiranya entri kali ini terlebih panjang, hehe. Apa yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu adalah kekurangan diri sendri. 

"Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh,tidak ke mana..."
And remember no love before marriage.

Thankx For Reading :)

0 budak comel:

Post a Comment

no harsh words please :)