Oct 11, 2014

Berubahlah kerana Allah

Assalamualaikum dan selamat malam semua :) its been a long time i didnt see my blog.. okay, lets move on to the story.. we can say that not all of us can easily get hidayah from Allah, right ? But there's a friend tell me that hidayah is not totally Allah give you, but you should hardly find the hidayah then Allah will help you.. definitely true :) we know that being a human, we are not completely perfect.. and to complete our daily life, we must do our solat 5 times a day, to become more closer with Allah.. sebenarnya aku nak cerita bagaimana penghijrahan diri ini berlaku, bukan kerana aku nak menunjuk kepada para pembaca tapi aku cuma nak kongsi dan buka minda pembaca hikmah dalam penghijrahan seseorang muslimah :) 


Alhamdulillah, tahun ini banyak dah perubahan berlaku dalam diri aku sendiri.. syukur kepadaMu ya Rabb :) semua ni kerana kedua ibu bapa, keluarga lain, sahabat" dan semua orang yang selalu ada untuk aku.. mula dari tudung, dulu aku selalu ambil mudah pasal tudung, kalau nak pergi kedai runcit dekat rumah tak bertudung, nak keluar bandar baru nak bertudung.. malu juga lah sebetulnya nak ceritakan semua ni, tapi Allah membuka hatiku bahawa aurat ni perlu dipelihara dan hijab tu mahkota seseorang perempuan.. nak tahu bagaimana Allah buka hati aku ? Ada seorang sahabat aku ni memang selalu share article islamik, so aku ni pun baca juga lah.. ada satu article tu bilang 'sehelai rambut perempuan yang dilihat oleh lelaki ajnabi, perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun di akhirat !, dalam satu pendapat, 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia' lepas aku baca article, aku terus tanam azam dalam hati takkan pernah buka tudung kalau nak keluar rumah.. 
Solat, hmm aku mengaku dulu aku sering lalai dalam solat, apa orang kata 'kerjakan solat mengikut mood' astaghfirullah, hinanya hamba ini ya Allah :( dalam kelas aku, ada seorang sahabat memang alim, tapi kalau nak kata sampai berpurdah tu tak lah, alhamdulillah dia ni lah yang buka mata aku bahawa solat tu tiang agama, kita kena kerjakan solat 5 waktu sehari kerana perintah Allah bukan kerana ikut mood.. buat masa ni, kadang aku masih ada tertinggal solat dalam sehari, sahabat aku ni kata selagi jantung masih berdegup, qada' lah solat.. haa, start disitu baru aku tahu solat boleh diqada' kalau kita tertinggal solat, dan kebaikan qada' solat ni boleh dikerjakan bila" masa sahaja.. tengok tu islam ni memang mudah, tapi jangan sampai kita permudahkan betul tak ? 
Pakaian ? alhamdulillah, aku dah tak pakai jeans yang ketat" tu dah, nak ganti dengan pakaian yang lebih elok dan sopan.. handsock, stoking semua ni aku dah pakai selama 2 bulan lebih, syukur alhamdulillah memang terasa lebih selesa ketika nak jalan keluar rumah.. yang menariknya pakai stoking semasa keluar rumah, kaki tu dilindungi dari sebarang kotoran, then kalau pakai kasut tak terasa tumit tu bengkak.. kalau handsock pula, time kita buat kerja angkat barang kah atau mesti lengan baju tu akan tersingsing kan, so kalau dah pakai handsock tak perlu risau dah sebab aurat dah terlindung, ingat pakai handsock pun kena tutup sampai pergelangan tangan kita hehe

In shaa Allah semua perubahan ni akan berterusan sehingga ajal menjemputku, ingatlah bahawa dunia ni hanya sementara, biarlah kita di dunia bersusah payah mencari pahala, sebab di akhirat nanti bekal kita hanyalah terletak kepada amalan kita semasa di dunia.. lagipula bukan susah betul nak buat kebaikan, contohnya kalau ada dua orang sahabat bertengkar, sekiranya kita mendamaikan mereka, kita akan dapat pahala.. kita boleh wakaf al Quran kepada masjid, jadi kalau ada orang yang membacanya in shaa Allah kita pun dapat 'saham' tu kan :)
Sikap kita pun kena jaga juga, jangan sesuka hati umpat orang, nanti di akhirat kita terpaksa bagi pahala kat orang yang kita umpat tu pula, tapi kalau pahala kita dah habis kita kena ambil dosanya pula, nau'zubillahiminzaliq.. jangan sesekali riak dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, sebab harta, rupa paras yang kita ada ni hanya bertahan di dunia sahaja.. jauhi diri daripada sikap dengki dengan kekayaan orang, ingatlah kedudukan manusia ni sering berubah kadang di bawah kadang di atas, dan rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah sejak luh mahfuz lagi.. dekatkan lagi diri dengan Allah, banyakkan berzikir, berselawat, ingat mati, dekatkan diri dengan para sahabat yang baik serta taat kepada perintahNya, in shaa Allah hati akan tenang dan tenteram.. berhijrah pun kena betulkan niat kita, bukan sebab kita berhijrah nak cari perhatian kat orang, menunjuk yang kita nak berubah tapi carilah perhatian dari Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.. sesungguhnya Allah tahu segala isi hati hambaNya :) sekiranya selama saya berblogging ada menaip kata" yang tak bagus, maafkan segala kesilapan saya, semua yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk adalah kelemahan diri saya.. tushibu alal khair ^_^

Thankx For Reading :)

1 budak comel:

naz wan said...

in shaa Allah perubahan penghijrahan ke arah kebaikan mmg sgt dituntut dan istiqamah perlu bile melakukan penghijrahan kan.. moga2 sy juga merasa kannya.. aamin.. jmpt singgah blog ye

Post a Comment

no harsh words please :)