Jun 14, 2014

Taman Bukit Tawau, Sabah #Part1

Assalamualaikum readers ;) hi blogger, lama tak bersua. Hari ni aku nak citer pasal destinasi yang istimewa kat tawau. Istimewa ke ? haha, actually not, its just a place that fully filled with tropical tree, maksud aku di sini ialah Hutan Hujan Tropika, hehe. Merepek sudah budak kecik ni, okay kembali ke jalan asal, sebenarnya aku bukan sendiri ke tempat ni tapi bersama rakan sekelas. Tujuan kami nak ke taman bukit tawau ni sebab nak jalankan satu misi, misi apakah itu ? Misi menangkap sepuluh jenis serangga, tugas ni sebenarnya ialah tugas budak biology tapi budak fizik pun nak ikut menyibuk, hahaa. Takpa lah kan, makin ramai orang, makin cepatlah misi tu tercapai kan, betul tak ? Tempat ni sebetulnya ialah salah satu destinasi riadah untuk warga tawau, tapi kalau pelancong nak datang pun boleh juga, amat dialu-alukan. Nak masuk bukan free, tapi harga masuk pun tak lah mahal sangat, hanya RM3, murah jerr kan :p
candid konon, haha.. tapi betul lahh ? aku tak sengaja pun tengok dia begitu, haha.. si dian ni sibuk urus tudung je, ni sebelum kami bertolak ke taman bukit tawau lagi tunggu kereta kawan lah katakan :)
haa, sebelum masuk tu baca dulu arahan k ? hehehe, kami bertolak dari jam 9.. agak2 sampai dalam masa 10 lebih kot, perjalanan tak jauh juga, kalau yang orang tawau biasa dah datang sini tapi budak kechik baru beberapa kali datang sini.. itupun kalau ada orang ajak laa :p
pemandangan yang sangat cantikk ! Subhanaallah ;) aku bersyukur sebab dapat lahir di negeri Sabah meskipun tak dapat melihat LRT di sini tapi sekurang-kurangnya dapat menikmati alam semula jadi yang dicipta oleh Pencipta kita yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana..
tujuan pertama kami disini adalah untuk melihat Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia ! Well, bangga jadi anak jati Sabah, weee ~ haa, nak tengok kenalah datang tawau sendiri, bagi orang Semenanjung tu, pastikan korang buat passport dulu baru boleh kunjung ke Sabah tau, hehe.. perjalanan kami nak sampai ke tempat ni ambil masa kira-kira 1 jam lebih kot sebab kami jalan kaki tau masuk dalam bukan bawa kereta atau basikal, gila kah bawa masuk ? Musnah lah hutan tuh, hahahaa :p

masa ni happy dah sebab destinasi tinggal 200m lagi, haha.. serius kami semua penat tapi kami tak pernah kenal erti berputus asa, hehe..
yeahhh ! Finally kami sampai dah, penat tahu tak ! haha, tapi puas hati lah sebab hajat kami mahu sampai ke pokok tertinggi dah tercapai.. ok aku pun penat dah menaip so korang tengok gambar kat bawah tu je lah, just scroll down for more picture, haha.. but i will give briefing for each photo dont worry :p
ni gambar waktu kami dah sampai pokok tu, tengok budak kechik awal-awal sudah senyum lebarr maka belum prepared lagi, hahahaa :p 
ni lah budak-budak perempuan 6 atas aktif :( tinggal 11 orang sahaja, yang seorang tu tak dapat hadir sebab berurusan dengan SPA8 disebabkan dia dah dapat tawaran menjadi pegawai pendaftaran, i hope u will always remember me syahh :') and our memories will always keep in my mind.. hmm
ni pula gambar sekelas, ada seorang budak lelaki tak hadir sebab lambat bangun so kena tinggal, hahahahaa.. padahal dia sendiri tak nak ikut malas katanya :p kesian kan kami gambar sendiri sebab tak ada orang nak gambarkan sebab semua mahu masuk kamera, hehehee :)
aku kalau senyum tak sah kalau tak tayang gigi :3 haha, ni gambar semasa perjalanan nak balik dah.. dah puas tengok pokok tertinggi tuh terus SELFIE je kerja kami, hehee..

lepas dah patah balik, kami berlima terus meneruskan aktiviti memasak.. rupanya susah tahu hidupkan api atas arang haha, masih ni baru tahu betapa susahnya orang dulu-dulu memasak.. disini kami belajar erti kesyukuran, kami bersyukur sebab zaman kami adalah zaman yang moden dan tak perlulah nak bersusah payah hidupkan api macam orang zaman dahulu.. 
ni buktinya kawan-kawan yang bersusah payah hidupkan api, haha.. ambil masa yang agak lama juga lah macam sejam gitu, punya lah payah, haha.. tugas aku kat sini cuma panggang memanggang je, tapi bukan tugas yang senang tahu, tangan pun macam ikut terbakar juga.. hahaa
last but not least, biarlah gambar ni sebagai gambar penutup.. haha, sebelum kami balik datang beberapa ekor monyet.. maybe mereka nak menghalau kami kot sebab kami belum balik lagi, haha.. okay lah nanti aku sambung cerita di part 2 k ? insyaAllah ada masa, kalau tak pun korang ingatkan je.. yang part 2 aku akan ceritakan serba sikit perjalanan kami ke 'Kolam Air Panas', nantikan ya ? hehe ;) 















Thankx For Reading :)

0 budak comel:

Post a Comment

no harsh words please :)