Nov 29, 2013

Alhamdulillah lulus temuduga :)

Assalamualaikum and hai ! lama tak update blog kesayangan ni memandangkan perjuangan STPM Penggal 1 telah tamat.. pejam celik pejam celik, masa berlalu dengan pantas.. tak sangka keputusan yang dinanti-nantikan telah terjawab, thanks ya kawan sebab sudi sms aku ni hanya kerana nak menyampaikan keputusan temuduga SPA ini.. setelah disampaikan, terus buka laptop namun hati tetap berdebar-debar untuk mengetahui keputusan tersebut.. setelah lama web tersebut dah reload, dengan lafaz basmalah aku menaip nombor kad pengenalan.. ALHAMDULILLAH, aku berjaya ! perasaan terus bercampur-baur antara gembira dan sedih.. nak bukti, mehh aku tunjukkan ^_^


syukur tak terkata kerana ALLAH telah memakbulkan doa hambaNYA, kini aku lebih percaya perancangan ALLAH adalah yang terbaik kepada hambaNYA kerana sesungguhnya DIA Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui.. aku akan merindui segala kenangan yang tersemat dalam kelas 6 Rendah Aktif..
gambar ni diambil setelah tamat perjuangan STPM, hehe.. kini hanya tinggal 19 orang, tapi kalau dikira gambar ni ada kurang seorang, sebab dah balik awal kot.. i will gonna miss all the moment in this class, hmm.. jangan lupa cari pengganti Ketua Kebersihan dan pengganti 'calculator' cikgu Yap ? hahaa.. kalau dikira, nanti budak fizik tinggal 4 orang, budak biology akan tinggal 12 orang.. hehe.. good luck untuk perjuangan STPM yang seterusnya ya, jangan mudah putus asa.. ingatlah bersusah-susah dahulu baru bersenang-senang kemudian.. last but not least, harap kita dapat berjumpa lagi.. byebye, miss you all :')
                                                                                                                          

Thankx For Reading :)

3 budak comel:

Nini Hanini said...

Salam,kita sama umur la,hehe. Tahniah sebab lulus temuduga tu. Good luck dalam apa pun yg dilakukan. (^-^)

Puteri said...

Wah, tahniah! ;D

Madihah Mohamud said...

wahhhh. congratss! laa dakda sudah kawan si voo dalam kelab pencinta alam. hihihi

Post a Comment

no harsh words please :)