Oct 10, 2013

Pengalaman temuduga #LatihanSeparaPerubatan


Hye and assalamualaikum.. hari ni aku nak cerita sikit tentang kisah interview isnin lepas.. yang belum tau tu, korang boleh tengok balik post sebelum tu.. pada hari isnin bersamaan 07/10/2013, aku bangun seawal jam 4 pagi.. semua dokumen yang nak dibawa ke tempat interview tu aku memang dah prepare awal.. lepas dah siapkan diri then tunggu waktu solat subuh.. jantung semakin berdegup dengan laju, hanya Allah yang tahu betapa risau dan pantasnya jantung ni berdegup.. 
Lepas dah kemaskan diri tu, memang kena sarapan.. sebab sarapan penting untuk memberi kita tenaga pada awal pagi.. sebelum bertolak tu, ibu sempat lagi berpesan "jangan pula kakak menggigil semasa temu duga tu, yakinkan diri ya anak ibu" hehe, sekitar pukul 6.45.. aku dah sampai ke tempat interview, hanya ada 2 orang dah sampai termasuk aku.. so tunggu je lah sampai pukul 7.30.. masuk dengan langkah kaki kanan dan ucapkan Bismillah, exam terus start.. soalan senang je ibarat kacang bin buncis, haha ! soalan tentang minat.. just jawab YA atau TIDAK, hehehee..
Ramai lah juga yang interview hari tu, lebih 15 orang kot kalau tak silap lah.. aku orang ke-11 interview padahal aku orang ke-3 yang awal datang, hmm.. sabar je lah.. mesti korang tertanya-tanya apakah soalan yang bakal ditanya kan ? mehh aku kongsikan saat-saat yang paling mendebarkan..

Ketuk pintu dan baca doa dalam hati sebelum pintu dibuka..
Assalamualaikum dan selamat pagi tuan *sambil menunjukkan senyuman yang paling manis kepada dua orang pegawai yang segak :)
Ok, silakan duduk..*pegawai tu pun senyum juga.. Perkenalkan diri anda ?
So, aku pun mula perkenalkan diri.. nama saya.. lalalalaalalaaa ~
Apakah tugas-tugas Penolong Pegawai Perubatan ?
soalan ni aku memang boleh jawab sebab dah hafal awal-awal, hahaa..
Kalau kami beri anda jawatan jururawat, anda terimakah ?
aku pun jawab "eya, sebab lalalalaaaa ~
Apakah logo Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) ?
yang ni aku pun dapat jawab..
Siapakah Menteri KMM ?
dapat jawab juga..
Apakah keistimewaan anda dan mengapa kami harus memilih anda ?
aku terus jawab dengan muka yang confident "saya seorang yang bertanggungjawab, berkomitmen dan lalalalaaaa ~ *memang secara spontan lah aku menjawab, hehee..
Harapan anda ?
aku pun bilang "harap saya dapat diterima sebab saya bukan sahaja seorang penyayang.. lalalalaaaa ~ *macam panjang pula ayat yang aku merepek, saat itu memang aku tak fikir dah mahu susun ayat yang mantap.. hanya mampu jawab seikhlas dari hati..
Dah habis selesai soal jawab, aku pun ucapkan terima kasih sambil memberi senyuman yang paling manis dan ikhlas kepada mereka, hihi ;)

First memang agak gementar, tapi alhamdulillah aku dapat jawab juga masa tu dan interview berjalan dengan lancar.. meskipun kadang aku rasa aku jawab dalam keadaan yang menggigil kadang pula keyakinan diri tu meningkat.. aku memang berharap sangat aku dapat latihan ini, tapi kalau tak dapat pun aku harus redha dan terima takdir dengan hati yang tulus.. seterusnya aku akan teruskan perjalanan tingkatan enam.. :)
p/s : kepada yang membuat persiapan temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma, bagi jawatan jururawat, tips yang dapat aku berikan :-
warna reben biru_jururawat terlatih U29.. ungu_jururawat masyarakat.. kuning_jururawat pergigian
jangan lupa search kat GOOGLE tentang penyakit berjangkit dan cara atasinya, senarai tempat latihan jururawat, kenaikan pangkat jururawat.. ok setakat tu jak yang aku dapat kongsikan.. jangan pernah berhenti berdoa sebelum ataupun selepas temuduga k.. byebye salam :)





Thankx For Reading :)

2 budak comel:

sarasyaiera (: said...

Rasa sedey kalau dah interview tapi tak dapat feedback balik.. :(

Cik Nanard said...

smoga d'terima :)
AMIN ...

Post a Comment

no harsh words please :)